Sejarah Lynx (pelayar web)

Lynx merupakan produk Distributed Computing Group (Kumpulan Pengkomputeran Teragih) Universiti Kansas,[4][5] dan pada mulanya dibangunkan oleh sekumpulan penuntut pada tahun 1992 (Lou Montulli, Michael Grobe and Charles Rezac) sebagai pelayar hiperteks yang digunakan khususnya bagi menyebar maklumat kampus sebagai sebahagian daripada Pelayan Maklumat Seluruh Kampus, bagi melayar ruang Gopher.[6] Perisan Beta diumumkan pada 22 Julai 1992 di Usenet.[7] Pada tahun 1993 Montulli menambah antara muka Internet dan mengeluarkan versi baharu pelayar (2.0).[8][9]

Setakat Julai 2007[update] sokongan protokol komunikasi Lynx dilaksanakan dengan mengguna versi libwww yang tercabang,[10] daripada pangkalan perpustakaan kod, pada tahun 1996.[11] Protokol-protokol yang disokong termasuk Gopher, HTTP, HTTPS, FTP, NNTP dan WAIS.[2][12] Sokongan buat NNTP ditambah kepada libwww daripada pembangunan Lynx pada tahun 1994.[13] Sokongan bagi HTTPS ditambah daripada cabang kod libwww Lynx kemudian, yang pada mulanya kod tampung bagi menangani kerisauan tentang penyulitan.[14]

Garrett Blythe mencipta DosLynx pada April 1994[15] dan kemudiannya menyertai pasukan pembinaan Lynx. Foteos Macrides banyak menyumbang bagi membuat port Lynx bagi sistem OpenVMS. Pada tahun 1995, Lynx dilesenkan di bawah lesen GPL dan sekarang ini diselenggara oleh sebuah kumpulan di bawah pimpinan Thomas Dickey.

ALynx ialah sebuah port Lynx untuk Amiga yang dibina P. Marquardt pada tahun 1995 dan versi stabil, versi 1.29, masih boleh didapati daripada Amiga Aminet Repository tempat simpanan fail-fail pengaturcaraan Amiga.

Berkaitan